Bank islam pun ada terlibat Spot Forex
Pandangan dari individu yg tiada kepentingan...
http://www.youtube.com/watch?v=tfb7d35zdtk
http://www.youtube.com/watch?v=tfb7d35zdtk
Note : Saya malas nak ulas berkenaan ngan isu diatas sbb ia merupakan khilaf ulamak. Ada yg menghubungi saya dan membuat perbandingan dengan FCPO... Saya terangkan bahawa FCPO ada juga khilafnya antara ulamak dunia dimana terdapat negara2 yg mengharamkan FCPO kerana ia berkaitan dengan Kontrak masa hadapan tetapi Malaysia dibolehkan sbb ada pemantauan panel syariah.... Negara Malaysia adalah pengeluar Minyak Sawit Mintah dunia...so faham2 sendiri ler yer.....
Dalam hal ini saya lebih kepada terpulang kepada diri masing2.....
1. Ingin dapatkan Surat dari Bank Negara dan juga SSM ?Untuk makluman, Untuk menceburi dalam Pasaran Saham samaada BSKL atau Forex, tidak memerlukan pengesahan dari SSM atau Bank Negara. Jika anda mempunyai Modal yang mencukupi & Kemahiran melihat graff atau petunjuk, anda boleh melabur & membuat trading sendiri secara On Line melalui syarikat Broker yang telah disahkan oleh suruhanjaya Securities. Saya bukan ingin membuka syarikat pelaburan yang memerlukan lesen dari Bank Negara atau Suruhanjaya Seceruties.
Dalam Forex pula, pihak kami menggunakan syarikat broker yang berdaftar diluar negara iaitu di Russia kerana ia telah beroperasi sejak 2007 lagi.
Urusniaga Forex tidak menyalahi Akta Bank Negara. Terdapat salah faham dengan urusniaga forex yang dijalankan.
- Pihak kami tidak menjalankan jual beli Mata Wang Asing secara fizikal( Pengurup mata wang asing atau bank ). Syarikat menjalankan Urusniaga atau jual beli atas nilai pertukaran matawang asing di pasaran Matawang ( Currency market ). Jual beli Matawang Asing ( secara fizikal contoh tukar wang di bank2 & pengurup matawang asing ) & Jual beli atau urusniaga Nilai Pertukaran Matawang Asing di pasaran Matawang adalah 2 perkara yang berbeza.
- Akta bank Negara hanya tertakluk kepada Jual beli matawang asing secara fizikal. Oleh itu pengurup mata wang asing adalah tertakluk kpd akta ini tetapi tidak kepada Trader-trader di Pasaran Mata Wang kerana ia tidak melibatkan pertukaran wang secara fizikal. Ia hanya melibatkan jual beli atas perbezaan nilai di Pasaran Matawang.
- Jika syarikat asing atau broker luar negara ingin beroperasi di Malaysia maka ia tertakluk kepada akta & syarat2 yang ditetapkan oleh Bank Negara.
2. Ada yang tanya saya Forex ni boleh rugi besar ( cerita dari kawan2)?
Mungkin yang bertanya hanya berjumpa dengan orang yang sentiasa rugi, tidak berjumpa dengan yang buat untung plak. Jadi jangan melihat itu sebagai 'negatif'. Cuba fikir plak...kenapa ada yang boleh buat untung!!! Sama-sama kita fikirkan.
Lagi satu Prinsip perniagaan adalah ' Mesti ada untung & Rugi' ...Apa yang penting disini adalah bagaimana ingin memaksimakan keuntungan & meminimakan kerugian.
Trading Forex adalah satu perniagaan , ia pasti mempunyai risiko sendiri.
4. Bayaran keuntungan Forex Mcm mana?
Perkongsian keuntungan Auto Trade Forex adalah 20:80 iaitu 20% kepada trader dan 80% kepada Investor atau pemilik akaun dan akan dimasukkan ke akaun bank peserta. ( Sila rujuk di menu pengeluaran untuk detail).
Kepada Pakej PAMM pula, keuntungan diagihkan oleh sistem yang dikawal selia oleh InstaForex dimana ia akan dimasukkan ke dalam akaun trading peserta.
5. Berapa yang saya dapat jika join?
Pihak kami tidak menjanjikan pendapatan tetap tetapi anggaran adalah 10% - 50%. Mungkin lebih atau kurang. Anda perlu faham bahawa ini adalah satu perniagaan bukan SKIM CEPAT KAYA ATAU MONEY GAME. Forex bergantung kepada pasaran semasa.
Kepada yang was-was atau ingin keuntungan yang tinggi , Anda dinasihatkan jangan join atau pun anda lakukan trade sendiri.
6. Apakah jaminan yang modal tak hilang?
Trading dilakukan dengan saiz berdasarkan modal yang dikeluarkan. Jika berlakunya floating melebihi kadar bonus, EA akan dihentikan sehingga floating berkurangan atau post yang masih Open telah ditutup. Oleh itu kebarangkalian Margin Call atau Modal habis adalah rendah.
7. Pakej Mana yang terbaik?
Terpulang kepada pelabur untuk tentukan pakej mana yang terbaik. Tepuk dada tanya selera.
8. Saya tak pandai nak trade?
Semua pakej yang ditawarkan tidak perlu peserta mempunyai kemahiran trading. Sekiranya peserta ingin membuat trading, pihak kami tidak menghalang tetapi mesti berhati-hati dengan margin.
9. Soalan-soalan yang telah dijelaskan dalam web
Saya ada menerima SMS atau call bertanyakan soalan Saya tak faham ? Hairan juga saya apa yang tak fahamnya kecuali anda tidak membaca. Ada yang tanya modal berapa, Ada jaminan modal tak hilang, kalau rugi mcm mana modal dapat balik ke, Nak join mcm mana dan mcm-mcm soalan yang telah dijelaskan dalam web.
Kesimpulan yang dapat saya buat adalah terdapat dikalangan anda yang malas membaca. Ini dikukuhkan lagi apabila saya bertanyakan beberapa orang dan jawapan yang diberikan adalah mengecewakan iaitu :-
Saya malas ler nak baca, banyak sangat boleh jelaskan skit.
Jawapan saya mudah saja..... malas nak layan. Ini adalah kerana orang yang malas membaca ini selalunya tak join pun sebab dia bukannya berminat sangat. Pada pandangan saya, Jika betul-betul berminat pasti dia akan ambil berat tentang sesuatu program yang ingin disertai. Minta maaf banyak2.