TERIMA KASIH!!!!....
Kerana melayari blog kami yang serba ringkas ini. Pihak kami menawarkan peluang-peluang perniagaan & juga perkhidmatan Trader kepada para pelabur yang berminat dalam pelaburan FOREX.
Persediaan awal sebelum berniaga Forex :-
Sebelum berniaga atau memulakan Trade
Forex, anda perlu mempersiapkan
diri anda terlebih dahulu....
Antaranya adalah :-
1. Memahami terlebih dahulu apa itu Forex sebelum menceburi pasaran Forex.
1. Memahami terlebih dahulu apa itu Forex sebelum menceburi pasaran Forex.
2. Mempunyai modal yang mencukupi sebelum membuka akaun Forex & mempunyai backup modal.
3. Mempunyai indicator yang tepat & mudah serta senang difahami bagi anda memahami pergerakan forex secara keseluruhan.
4. Mengetahui teknik menganalisa maklumat forex secara fundamental.
5. Mengetahui broker-broker forex spt insta, lite dan lain-lain lagi.
6. Berdisplin dan cuba memahirkan diri dengan satu sistem atau teknik forex terlebih dahulu sebelum menggunakan teknik yang lain. Tiada ada teknik yang 100% untung tetapi anda boleh mencari teknik yang memberi 70% keuntungan atau lebih.
7. Belajar mengawal perasaan agar tidak terganggu dengan keuntungan atau kerugian yang dialami. Matlamat anda adalah memastikan kadar keuntungan melebihi dengan kadar kerugian.
Sekian, terima kasih
"Fulltime Trader"
KONSEP PERNIAGAAN FOREX
Perniagaan forex berkonsepkan perniagaan Global alaf baru kerana ianya boleh diniagakan secara online dimana-mana sahaja asalkan mempunyai talian internet. Perniagaan ini berjalan secara “spot” dan tiada tangguhan.Sesuatu urus niaga itu berurusan dengan jual beli sesuatu harga matawang tertentu didalam suatu pasaran (market).... harga itu di dalam bentuk angka!!....
RINGKASAN
Secara ringkasnya ialah perniagaan ini berlaku secara “on the spot ” beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi dan ianya boleh untung pada kedua-dua arah atas dan bawah kerana ada 2 matawang sedang diniagakan pada masa yang sama....
FOREX IALAH SATU PERNIAGAAN
DAN BUKANNYA
SATU PERMAINAN...
KONSEP PERNIAGAAN FOREX DALAM ISLAM
Pelaburan dalam Islam semuanya ada syarat dan rukun :-
Konsep Mudharabbah
Contoh : Azhar ada satu perniagaan halal tetapi tak cukup modal atau duit dan dia memerlukkan modal. Sedangkan Jalil ada duit dan dia nak melabur dengan si Azhar. Katakan Jalil hendak melabur USD10K maka Jalil dipanggil sebagai Rabbulmal ataupun Pemberi Modal.
Syarat dalam Islam mestilah :-
1. Meletakkan Nisbah Pembahagian Keuntungan misalnya Azhar 70% dan Jalil 30% atau berapapun dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua pihak maka hukumnya halal.
2. Rabbulmal ataupun Pemberi Modal tidak boleh menetapkkan keuntungan misalnya tiap-tiap bulan saya nak USD5K, maka hukum nya Riba' dan Haram.
3. Tiada Jaminan Atas Modal yang dilaburkan misalnya modal pelaburan Jalil USD10K kalau rugi maka pelaburan dikira habis atau lenyap.
Dalam Pelaburan Islam, kedua-dua pihak Peniaga dan Pelabur sama-sama kena tanggung risikonya. Sebab Islam tidak membenarkan satu pihak menindas satu pihak yang lain.
Misalnya, kita melabur dengan kawan kita di Acheh dan ditetapkan tiap-tiap bulan kita dapat 25%. Tiba-tiba berlaku tsunami di Acheh dan habis semuanya musnah. Kita tidak akan menyangka perkara sebegitu boleh berlaku dan apa-apa pun boleh berlaku dan kita mesti sama-sama kena berani menanggung risikonya.
Pelabur yang lenyak tidur, tau-tau tiap-tiap bulan 25% duit masuk sedangkan pihak peniaga kalau rugi tak dapat tidur, siang malam asyik memikirkan cara bagaimana hendak bayar 25% kepada pelabur.
Ini yang tidak dibenarkkan dan diharamkan dalam Islam. Kita mesti ingat walaubagaimana hebatnya sesuatu perniagaan itu, kita tidak akan dapat meramal atau mengetahui apa akan terjadi dimasa akan datang, untung atau rugi, kaya atau miskin, hidup atau mati dan sebagai manusia yang beragama kita hanya boleh berusaha dengan ilmu yang ada untuk berjaya tetapi hanyalah ALLAH yang menentukannya.
"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia berusaha untuk mengubahnya.
Allah itu maha adil dan Islam itu adil"....
"Jadi kalau tak berani tanggung risiko jangan lah nak melabur. Dan jika kita tak buat sesuatu untuk menambah pendapatan, pun tak kemana juga................".
"Gunung kalau digali tiap-tiap hari pun akan rata jadinya".
"Islam menghalalkan jual-beli
tetapi mengharamkan
Riba".
tetapi mengharamkan
Riba".